Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Mesyuarat Kerja Semakan Pakar Manuskrip Isi Kandungan Buku Teks Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Tahun 5 Siri II di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pada 4 sehingga 6 September 2023.

Mesyuarat ini dihadiri oleh panel pakar penyemak yang terdiri daripada kakitangan dari Universiti Awam (UA), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM. Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk memastikan buku teks KAFA JAKIM Tahun 5 dapat disiapkan seperti yang dirancang, menyemak isi kandungan buku teks bagi memastikan ianya tidak bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, menyemak isi kandungan supaya tidak berlaku kesilapan dan memastikan buku teks menepati standard yang telah ditetapkan.

Mulai tahun 2019, JAKIM telah menambah baik urusan penyeragaman penggunaan buku teks KAFA diseluruh negara dengan melantik penulis yang berkelayakan untuk  membina dan  menyiapkan isi kandungan buku teks yang seragam. Tujuan utama penyeragaman penggunaan buku teks KAFA seluruh negara dibuat adalah untuk menyeragamkan urusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta mewujudkan keseragaman dalam pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Sebanyak 15 buah buku teks baru KAFA JAKIM bagi tahun 1 hingga 4 telah diguna pakai oleh semua murid KAFA dan pada tahun 2024 pelajar-pelajar KAFA tahun 5.

MESYUARAT KERJA SEMAKAN PAKAR MANUSKRIP ISI KANDUNGAN BUKU TEKS KELAS AL QURAN 1

MESYUARAT KERJA SEMAKAN PAKAR MANUSKRIP ISI KANDUNGAN BUKU TEKS KELAS AL QURAN 2

MESYUARAT KERJA SEMAKAN PAKAR MANUSKRIP ISI KANDUNGAN BUKU TEKS KELAS AL QURAN 3