Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
TELUK BAHANG , PULAU PINANG , 22-24 SEPTEMBER 2023 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP ) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana julung-julung kalinya berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu" (usia perkahwinan 0-5 tahun) bertempat di Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang, Pulau Pinang dengan penyertaan seramai 40 orang peserta (20 pasangan suami isteri) dari kalangan saudara Muslim dan orang awam.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tn Hj Ruslan bin Said , Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YBrs. Tn Zulkifli bin Rashid, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Turut hadir bersama, Tn Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Tn Hj Mohd Hanif bin Omar@Wahab, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAIPP dan Puan Rohaizam bt Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Keluarga Islam JHEAIPP.

Objektif program Pascaperkahwinan ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis serta Azam dan Aku Janji  yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam "Fasa Bulan Madu " 2023. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 3

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 1

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 2

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 4

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 5

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 6

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 7

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 9

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 10

Kursus pascaperkahwinan negeri pulau 8