Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
PUTRAJAYA, 19 September 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Bengkel Pembangunan Modul Minda Maqasid Siri 1/2023 pada 18 dan 19 September 2023 bertempat di Bilik Perbincangan Aras 7, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya.

Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan idea daripada pakar-pakar yang khusus dalam bidang Maqasid Syariah untuk membangunkan Modul Minda Maqasid. Matlamat pembinaan modul ini adalah sebagai panduan untuk menyuntik elemen nilai (value) dalam pembentukan modal insan ke arah usaha membentuk pemahaman dan berfikiran secara Maqasid Syariah.

Bengkel ini telah dihadiri oleh YBrs. Dr. Muhammad Safwan bin Harun, Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, YBrs. Encik Marwan bin Bukhari, Felo Maqasid Institut dan YBrs. Dr. Nor Rosnita binti Gani, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam Malaysia.

Bengkel Pembangunan Modul Minda Maqasid Siri 1 2023 1

Bengkel Pembangunan Modul Minda Maqasid Siri 1 2023 2