Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
26.9.2023 - Majlis Amanat YB.Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2023 di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya telah berjaya dilaksanakan. Majlis yang disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)  ini bertujuan untuk meraikan pelajar cemerlang yang berjaya menerima Skim Pembiayaan Hafiz bagi tahun 2023.

Para penerima SPH pada tahun ini adalah terdiri daripada  3 orang pelajar Sarjana, 130 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam negara dan 38 pelajar ijazah sarjana muda di luar negara, menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 171 orang. Majlis ini turut dihadiri oleh ibubapa para pelajar yang merupakan tunggak kepada kejayaan anak-anak huffaz ini.

Dalam ucapan amanat yang disampaikan oleh YB Menteri, beliau mengingatkan agar para pelajar agar sentiasa memantapkan diri dengan hafazan al-Quran secara berterusan dan istiqamah, serta berakhlak dengan akhlak Al-Quran, di samping berusaha untuk menguasai bidang-bidang ilmu yang diterokai. Dengan gelaran hafiz dan hafizah, maka bermulalah satu amanah agama yang perlu dipikul dan mengharapkan agar semua pelajar ini menjadi duta agama yang menonjolkan keindahan Islam.

Majlis diakhiri dengan penyampaian dokumen perjanjian kepada wakil penerima SPH yang mewakili universiti dari dalam negara dan mewakili pelajar Mesir, Jordan dan Indonesia. Semoga pelajar-pelajar ini terus cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 1jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 2jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 3jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 7jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 8jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 4jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 5jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 2

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 10

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 17

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 6jpeg

Majlis Amanat Yb Menteri Di JPM Bersama Penerima SPH 2023 1