Kurator Berita : Darul Quran
26 September 2023 - Seramai 26 orang pelajar semester lima Syukbah Pengurusan Halal telah mengikuti lawatan sambil belajar "Halal De Tour" ke Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada tugasan kursus bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat semester lima di bawah Kursus Pengurusan Halal Dalaman.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memahami dengan lebih jelas mengenai peranan makmal analisis JAKIM (MyHAC) serta keperluannya dalam pensijilan Halal Malaysia. Dalam lawatan ini, para pelajar dapat melihat dengan jelas mengenai metod analisis yang digunakan serta mengenal pasti pengujian yang dijalankan oleh makmal JAKIM tersebut. 

Selain bagi memahami dengan lebih jelas mengenai Pengurusan Halal Dalaman, pelajar turut berkunjung ke Syarikat Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang pernah mendapat anugerah “Syarikat Whitelist” dalam pensijilan halal Malaysia. Dalam sesi ini, pihak industri iaitu Syarikat Ajinomoto Malaysia Berhad telah berkongsi mengenai peranan Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD) serta cabaran dan realiti yang dilalui oleh mereka. Sesi soal jawab yang dijalankan dalam sesi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar serta pihak syarikat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak MyHAC dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad atas santunan kunjungan pada hari ini.

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 1

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 2

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 3

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 4

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 5

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 6

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 7

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 8

HALAL DE TOUR BERI PELUANG PELAJAR DALAMI ILMU HALAL 9