Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
SEGAMAT , 26 SEPTEMBER 2023 – Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT satu lagi KSKCareCentre dibuka pada hari ini 26 September 2023 di Hospital Segamat Johor. Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM sentiasa menyokong dan bersedia membantu mana-mana organisasi yang berhasrat untuk menyediakan pusat khidmat nasihat kepada komuniti berasaskan pendekatan kerohanian.

Sejak tahun 2018 JAKIM melalui Bahagian KSK telah mengambil  inisiatif membuka KSKCareCentre di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya yang berfungsi sebagai pusat rujukan yang menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling syarie, terapi psikospiritual Islam dan ‘ilaj syarie.  Tujuannya untuk membantu dalam memberi bimbingan kepada mana-mana individu yang berhadapan dengan masalah kehidupan supaya berkeupayaan mengurus masalah peribadi disamping membantu menangani masalah sosial umat Islam dengan menggunakan pendekatan terapi kerohanian  yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Adalah menjadi hasrat JAKIM agar fungsi KSKCareCentre diperluaskan ke seluruh negeri-negeri di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Negeri.

Penganjuran majlis pelancaran KSKCareCentre Hospital Segamat melibatkan kerjasama erat antara Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Hospital Segamat. Pelancaran pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Hadir bersama bagi menyampaikan ucapan aluan sempena penganjuran majlis tersebut iaitu YBrs. Dr. Faidzal Adlee bin Abd Ghafar, Pengarah Hospital Segamat. Selain itu, turut hadir bersama adalah YBrs. Dr. Nasiruddin bin Jirin, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Segamat, As Sheikh Tuan Kadi Haji Muhamad Hamizan bin Sayuti, Kadi Daerah Segamat, Ustazah Aázah Awang Kechik mewakili Pengarah Bahagian KSK JAKIM.  

Semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT dan mencapai matlamat akhir penubuhan KSKCareCentre bagi membentuk khaira ummah yang sejahtera di dunia dan akhirat.

Majlis Pelancaran Kskcarecentre Kskcc Hospital Segamat Johor Darul Takzim 1

MAJLIS PELANCARAN KSKCARECENTRE KSKCC HOSPITAL SEGAMAT JOHOR 2

Majlis Pelancaran Kskcarecentre Kskcc Hospital Segamat Johor Darul Takzim 3

Majlis Pelancaran Kskcarecentre Kskcc Hospital Segamat Johor Darul Takzim 4

MAJLIS PELANCARAN KSKCARECENTRE KSKCC HOSPITAL SEGAMAT JOHOR 6

Majlis Pelancaran Kskcarecentre Kskcc Hospital Segamat Johor Darul Takzim 6

MAJLIS PELANCARAN KSKCARECENTRE KSKCC HOSPITAL SEGAMAT JOHOR 8

Majlis Pelancaran Kskcarecentre Kskcc Hospital Segamat Johor Darul Takzim 7

MAJLIS PELANCARAN KSKCARECENTRE KSKCC HOSPITAL SEGAMAT JOHOR 9

Majlis Pelancaran Kskcarecentre Kskcc Hospital Segamat Johor Darul Takzim 10