Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
21-22 September 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah menganjurkan Program Training of Trainers (TOT) Jurucakap Buku “Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam” bertempat di Hotel Tamu, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Seramai 60 orang peserta telah menghadiri program ini terdiri daripada pegawai kader JAKIM yang ditempatkan di kementerian dan agensi, pegawai di bawah Agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  serta pegawai-pegawai bahagian-bahagian di JAKIM.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk melatih dan melahirkan jurucakap yang dapat menguasai keseluruhan kandungan buku dan menyampaikannya kepada pelbagai kumpulan sasar masing-masing.

Menerusi program ini, para peserta telah mengikuti sebanyak empat sesi pembentangan. Sesi pertama telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Anwar bin Ismail, Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), berkaitan  “Hakikat Perselisihan Pendapat dan Perkara-Perkara yang Berkaitan”. Sesi kedua dan ketiga masing-masing bertajuk “Sejarah Perselisihan Pendapat dan Perkembangannya” dan “Perbezaan Manhaj Para Imam dan Sebab-Sebab Perbezaan Pendapat” telah disampaikan oleh YBrs. Dr Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sesi keempat bertajuk “Panduan dan Adab Perbezaan Pendapat” telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

YBrs Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program. Dalam ucapannya, beliau menaruh kepercayaan dan harapan agar semua jurucakap dapat berperanan penting dalam usaha membantu mengurangkan isu perpecahan pemikiran dan fikrah yang berlaku  dalam kalangan masyarakat pada hari ini berdasarkan panduan yang telah dinyatakan dalam Buku yang dibincangkan selama 2 hari program ini.

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 1

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 3

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 4

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 5

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 6

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 7

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 9

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 10

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 12

Program Training Of Trainers Tot Jurucakap Buku 13