Kurator Berita : Darul Quran
27 September 2023 - Darul Quran JAKIM telah menjalani proses Audit Penilaian Kendiri Pematuhan MQA bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat selama dua hari bermula 26 hingga 27 September 2023. Proses audit penilaian kendiri ini telah dikendalikan oleh Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM yang menguruskan aspek penyelarasan kualiti di semua Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM.

Antara aspek pematuhan yang turut dinilai ialah semakan fail pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah, laporan kajian kepuasan pelanggan, kemudahan fasiliti bangunan, temu bual bersama pihak pengurusan, ketua program, pensyarah, pegawai Unit Jaminan Kualiti, serta para pelajar. Untuk info, Darul Quran JAKIM telah berjaya memperoleh perakuan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sejak tahun 2018 lagi.

Diharapkan menerusi audit penilaian pematuhan ini Darul Quran dapat terus memperkasa dan mempertingkatkan kualiti pendidikan yang dijalankan bagi memenuhi standard akreditasi yang ditetapkan.

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 7

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 4

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 2

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 3

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 6

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 8

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 9

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 13

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 18

Audit Penilaian Kendiri Pematuhan Mqa 20