Kurator Berita : Darul Quran
29 September 2023 - Darul Quran melalui Jabatan Usuluddin telah menganjurkan Diskusi Kitab Al-Aqīdah al-Hafīdah Imām al-Sanūsī bertempat di Makmal Al-Quran (Braille) Darul Quran. Diskusi ini turut boleh diikuti melalui laman facebook Darul Quran JAKIM. Pembentang diskusi merupakan penceramah jemputan yang merupakan pakar dalam bidang akidah serta dakwah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia iaitu Dr. Ahmad Arif bin Zulkifli.

Kitab Al-Aqīdah al-Hafīdah ini dikarang oleh Imam al-Sanusi sebagai ringkasan kepada kitab-kitab tauhid yang kompleks sebagai pemudah cara bagi pembelajaran kanak-kanak pada zaman beliau. Walaupun kitab ini sangat ringkas dan nipis, ia sangat bermanfaat bagi pemula yang ingin mempelajari ilmu akidah.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Usuluddin Darul Quran, Dr. Yusri bin Chek seusai diskusi. Semoga para peserta mendapat input yang bermanfaat hasil daripada perkongsian ini.

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 1

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 2

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 3

Darul Quran Anjur Diskusi Kitab Akidah 4