Kurator Berita : Darul Quran
5 Oktober 2023 - Seramai 96 orang calon yang memohon Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 bagi tahun 2023 telah menduduki ujian hari ini. Ujian pada kali ini dilaksanakan secara serentak di dua lokasi iaitu di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Maahad al-Iman Li Ulumil Quran, Kuala Ketil, Kedah.

Objektif diadakan ujian STM ini adalah untuk memberi perakuan hafazan kepada para penghafaz kepada al-Quran di samping peluang kepada mereka yang tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz. Antara skop penilaian ujian ialah Hifz al-Quran Syafawi & Tahriri, Pengetahuan Agama Islam merangkumi Tajwid, Fiqh Ibadah dan Aqidah.

Untuk info, ujian STM Siri 1 pada tahun ini telah diadakan pada 20 Jun 2023 dengan penyertaan seramai 132 orang calon. Ini bermakna seramai 228 orang calon telah memohon dan menduduki ujian STM bagi tahun 2023.

Berdasarkan sambutan baik yang ditunjukkan oleh masyarakat khususnya golongan penghafaz al-Quran, diharapkan semoga Sijil Tahfiz Malaysia akan dapat terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 1

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 2

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 3

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 4

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 5

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 6

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 7

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 8

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 9