Kurator Berita : Bahagian Dakwah
MARAN, PAHANG - 29 September hingga 01 Oktober 2023 (Jumaat-Ahad) bersamaan 13 hingga 15 Rabiul Awal 1445H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Program MyInsaniah@ILKBS Siri 2/2023 bertempat di Kem Wawasan Negara Maran, Pahang. Program ini telah dihadiri dari 4 buah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) iaitu IKTBN Sepang, Selangor, IKTBN Dusun Tua, Selangor, IKTBN Temerloh, Pahang, dan IKTBN Bachok, Kelantan. Manakala 5 buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang terlibat terdiri daripada IKBN Pekan, Pahang, IKBN Kuala Langat, Selangor, IKBN Tanah Merah, Kelantan, IKBN Wakaf Tapai, dan IKBN Kemasik, Terengganu. Peserta dari Zon Timur dan Zon Tengah ini telah melibatkan seramai 130 orang peserta yang berumur 18 – 24 tahun.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Zalina binti Long, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM. Turut hadir bersama mewakili Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan adalah Ustaz Md Kamaruddin bin Mohd Juraimi, HEP IKBN Kuala Langat yang telah memberikan ucapan alu-aluan.

Objektif program ini adalah untuk memperkasa kefahaman Islam golongan belia dan istiqamah dalam mentaati tuntutan agama, agar dapat  melahirkan belia sebagai modal insan yang berkualiti, berketerampilan, berdaya tahan, memiliki jati diri yang kukuh melalui pengamalan nilai-nilai insaniah. Selain itu juga, objektif program ini adalah untuk membangunkan belia sebagai qudwah dan pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

Program ini telah dikendalikan oleh 10 orang penceramah dan fasilitator yang terlatih dengan menggunakan Modul Jati Diri dari JAKIM dan Jabatan Agama Islam Pahang. Modul ini berteraskan konsep Ihsan yang dijadikan sebagai asas kepada pembentukan jati diri belia. Pengisian program ini terdiri daripada slot pecah bendung, slot ilmu, latihan dalam kumpulan, riadah bermodul, latihan kuliah spontan dan Qiyamullail. Melalui program ini para peserta diharap dapat memperkukuh kefahaman Islam dan meningkat jati diri serta dapat menjadi contoh tauladan yang baik kepada rakan sebaya walau di mana mereka berada.

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 5

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 1

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 2

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 3

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 4

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 6

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 7

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 8

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 9

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 10

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 11

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 12

Program MyinsniahIlkbs Siri 2 13