Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
26 -27 September, Putrajaya – Bengkel Final Acceptance Test (FAT) Sistem e-Jinayat Versi 4.0 (Modul Penguatkuasaan & Modul Pendakwaan) telah dilaksanakan bertempat di Bilik Simulasi Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 5, Blok A Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel ini melibatkan Pegawai Penguat Kuasa Agama, Pendakwa Syarie serta Pentadbir Sistem e-Jinayat negeri-negeri di peringkat modul penguatkuasaan dan pendakwaan.

Bengkel FAT ini bertujuan untuk menguji tahap penerimaan akhir pengguna ke atas peningkatan sistem e-jinayat bagi kedua-dua modul berdasarkan peningkatan yang telah dibincangkan dalam bengkel User Requirement Study (URS) melibatkan keperluan integrasi sistem e-Jinayat dengan e-Syariah dan juga penambahan bagi proses kerja waran tangkap dan kes rayuan serta kemaskini carta aliran kerja yang dibuat dalam bengkel User Acceptance Test  (UAT) yang lalu. 

Seramai 40 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut. Sesi pengujian proses kerja sistem e-jinayat versi 4.0 tersebut telah dibimbing oleh Encik Shah Juhan bin Samuri dan Encik Mohd Amin Adha dengan dibantu oleh urusetia daripada Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) serta pegawai daripada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

WhatsApp Image 2023 10 06 at 3.42.21 PM

WhatsApp Image 2023 10 06 at 3.42.23 PM

WhatsApp Image 2023 10 06 at 3.42.23 PM 1

WhatsApp Image 2023 10 06 at 3.42.23 PM 2

WhatsApp Image 2023 10 06 at 3.42.24 PM