Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang, Bahagian Dakwah
10 Oktober 2023, Selangor - Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir Institut Latihan Islam Malaysia, Selangor dan disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM.

Konvensyen dwi tahunan yang menggabungkan Konvensyen Tok Batin dan Konvensyen Mualaf Madani ini merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Tabung Haji, PERKIM Kebangsaan dan Bank Rakyat. Seramai lebih 1000 orang mualaf dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di Malaysia seperti kaum Cina, India, Orang Asli, Etnik Dusun, Kaum Sikh dan lain-lain hadir dalam konvensyen ini.

Selain pembentangan kerja dan forum yang dijalankan sempena konvenysen ini, sebanyak 13 anugerah diperkenalkan dan berikut adalah senarai nama penerima-penerima tersebut:

1. Anugerah Tokoh Mualaf Kebangsaan;

    En. Wan Masindra bin Juja (Perak)

2. Anugerah Dai’e Orang Asli;

    En. Yeki bin Agi (Perak)

3. Anugerah Dai’e Mualaf;

    En. Michael Boateng @ Muhammad Michel bin Abdullah (Kelantan)

4. Anugerah Pendidik Orang Asli;

    En. Alie a/l Wahab (Perak)

5. Anugerah Pendidik Mualaf Bank Rakyat;

    Pn. Fatimah Ngui binti Abdullah (Perak)

6. Anugerah Usahawan Orang Asli;

    En. Azhar bin Azwan (Perak)

7. Anugerah Usahawan Mualaf Bank Rakyat;

    En. Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah (Kelantan)

8. Anugerah Kepimpinan Orang Asli;

    En. Ubal bin Kulim (Kedah)

9. Anugerah Kepimpinan Mualaf Bank Rakyat;

    Dr. Johari Abdullah @ Yap Guan Kheng (Kelantan)

10. Anugerah Imam Orang Asli Terbaik Bank Rakyat;

      En. Aris bin Rami (Kelantan)

11. Anugerah Bilal Orang Asli Terbaik;

      En. Shafinie bin Abu Bakar (Pahang)

12. Anugerah Pemimpin Orang Asli Teladan; dan

      En. Samad Bin Jerangong (Perak) ; dan

13. Anugerah Surau Terbaik Kampung Orang Asli.

      Surau Darul Islah Kampung Orang Asli Penderas, Temerloh, Pahang

Dalam majlis ini juga disempurnakan pelancaran Aplikasi Glosari Bahasa Isyarat Islam (i-SIGN) Bagi Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran. Aplikasi ini merupakan inisiatif ILIM dalam pembangunan latihan bagi menyantuni komuniti OKU Pendengaran, yang terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat termasuk golongan Muallaf dan Orang Asli.

Inisiatif i-SIGN ini diharap dapat menyantuni komuniti OKU pendengaran untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab agama.

Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 1

Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 2

Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 3

Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 4

Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 5