Kurator Berita : Darul Quran
7 Oktober 2023 - Pelajar-pelajar semester lima daripada Syukbah Syariah Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah melaksanakan program khidmat masyarakat di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, Masjid Tanah serta Street Dakwah di Bandar Hilir, Melaka. Program yang diadakan pada 5 hingga 7 Oktober 2023 ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali yang mewakili Pengarah.

Objektif pelaksanaan aktiviti ini ialah untuk memupuk rasa prihatin pelajar terhadap penjagaan dan pemeliharaan habitat penyu serta mendedahkan mereka dengan kemahiran sosial bersama masyarakat. Hasil daripada program ini, para pelajar dapat mengutip beberapa ilmu berkaitan penjagaan haiwan reptilia ini dan cara mempromosikan Islam kepada pelancong asing melalui aktiviti dakwah di jalanan.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat amnya di samping meningkatkan lagi kemahiran insaniah para peserta.

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 1

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 2

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 3

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 4

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 5

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 6

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 7

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 8

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 9

Program Khidmat Masyarakat Syukbah Syariah 10