Kurator Berita : Darul Quran
8 Oktober 2023 – Bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM, pelajar-pelajar semester lima Syukbah Muamalat telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM) dan rumah-rumah asnaf di sekitar kawasan Tanjung Kling. Program ini telah diadakan pada 6 hingga 8 Oktober 2023.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti bermodul kepada anak-anak yatim serta penyampaian sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di sekitar kawasan Tanjung Kling. Tujuan pelaksanaan aktiviti ini ialah untuk menyemai semangat ukhuwah dalam kalangan pelajar bersama anak-anak yatim dan miskin. Selain itu, para pelajar juga dapat memupuk sifat kesukarelawan dalam diri melalui program yang dijalankan.

Turut hadir Setiausaha Kerja PAYASUM, Puan Siti Rakhiyah binti Mohd Ihsan bagi menyempurnakan perasmian program. Diharapkan melalui program yang berlangsung selama tiga hari ini meninggalkan suatu kenangan yang manis buat pihak PAYASUM serta para pelajar di samping memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Pelajar Dq Santuni Anak Yatim Dan Asnaf Payasum 6

Pelajar Dq Santuni Anak Yatim Dan Asnaf Payasum 2

Pelajar Dq Santuni Anak Yatim Dan Asnaf Payasum 3


Pelajar Dq Santuni Anak Yatim Dan Asnaf Payasum 4

Pelajar Dq Santuni Anak Yatim Dan Asnaf Payasum 5

Pelajar Dq Santuni Anak Yatim Dan Asnaf Payasum 7

Pelajar Dq Santuni Anak Yatim Dan Asnaf Payasum 8