Kurator Berita : Darul Quran
8 Oktober 2023 – Bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus pengajian Diploma Tahfiz al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM, pelajar-pelajar semester lima Syukbah Pengurusan Halal telah turun menyantuni anak-anak yatim serta asnaf di Rumah Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Baitul Sakinah. Program ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 6 hingga 8 Oktober 2023.

Objektif pelaksanaan aktiviti ini ialah untuk memupuk kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan asnaf. Bagi mencapai objektif tersebut, para pelajar telah mengadakan aktiviti sukan bermodul, mewarna, sambutan ulang tahun kelahiran dan penyampaian sumbangan bersama anak-anak Baitul Sakinah. Selain program bersama anak-anak Baitul Sakinah, para peserta turut mengadakan aktiviti pembersihan Pantai Mengabang Telipot. Aktiviti ini dijalankan bagi melahirkan semangat cintakan alam sekitar.

Program Tautan Kasih di Kuala Terengganu ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pengajian Am Darul Quran, Haji Othman bin Muda. Semoga pelaksanaan program ini dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar bersama komuniti.

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 1

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 2

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 3

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 4

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 5

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 6

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 7

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 8

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 9

Program Tautan Kasih Di Baitul Sakinah Kuala Terengganu 10