Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
10 hingga 12 Oktober 2023, Pahang - Bertempat di Cameron Highlands, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah berjaya melaksanakan Kursus Training Of Trainers (TOT) Fasilitator KSKCareCentre  bagi Negeri Pahang dan Johor. Kursus yang bermula 10 hingga 12 Oktober 2023 bertempat di Hotel Heritage Cameron Highlands menetapkan objektif bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran fasilitator KSKCareCentre dalam memberi khidmat sokong bantu kepada masyarakat.

Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta dalam kalangan fasilitator KSKCareCentre di bawah seliaan JAIJ dan JAIP. Para peserta juga turut menyertai lawatan mahabbah ke Kampung Orang Asli di Kampung Kuala Boh Cameron Highlands bagi menyantuni beberapa buah keluarga Orang Asli di sana.

Program 3 hari ini memberi pendedahan kandungan 10 modul PKKSK iaitu modul pengukuhan aqidah, kehamilan dan kelahiran, kemahiran keibubapaan, pendidikan kanak-kanak, pembangunan remaja, pengurusan konflik keluarga, interaksi kejiranan, khidmat nasihat komuniti, pemerkasaan saudara muslim dan kasih ke syurga (warga emas).

Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang juga merupakan penggubal modul yang pakar dalam bidang masing-masing telah membuka minda para peserta dalam mempersiapkan ilmu dan kemahiran dalam proses tolong bantu kepada masyarakat yang berhadapan dengan masalah kehidupan dengan cara yang terbaik. Antaranya ialah YBrs. Prof. Dr. Che Zarrina Saari, Pensyarah Kanan  Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Md. Noor Saper, Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ustazah Nor Asniah Mohd Noh dan Ustazah Hariati Abu Kher dari Bahagian KSK JAKIM.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd. Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM. Hadir bersama Ustazah Hajah Maimunah Othman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga dan Sosial JAIJ dan Ustaz Mohd Zailan bin , Timbalan Qadhi Pejabat Agama Cameron Highlands.

Diharapkan kursus ini dapat memberi panduan kepada peserta dalam melaksanakan khidmat nasihat kepada klien. Semoga usaha ini mencapai objektif untuk mensejahterakan masyarakat mendapat keredhoaan Allah SWT.

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 1

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 2

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 3

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 4

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 5

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 6

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 7

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 8

Kursus Training Of Trainers TOT Fasilitator KSKCareCentre bagi Negeri Pahang dan Johor 9