Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Dalam mendepani cabaran pada masa kini, kaum lelaki sebagai ketua keluarga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesejahteraan institusi keluarga yang dibina. Justeru, pada 12 Oktober 2023, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah mengadakan taklimat berkaitan Manual Inisiatif Lelaki Qawwam yang dibangunkan sebagai rujukan kepada penceramah dan fasilitator Kursus Praperkahwinan dan Kursus Pascaperkahwinan Islam dalam menyampaikan modul sedia ada.

Manual ini dibangunkan berasaskan Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam yang telah dilancarkan pada 25 Oktober 2022. Menerusi usaha ini, penceramah yang bertanggungjawab menyampaikan kandungan Kursus Praperkahwinan akan menyesuaikan kandungan sedia ada. Menurut YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) yang terlibat menyampaikan ucapan aluan menyatakan bahawa Kursus Praperkahwinan Islam merupakan antara platform yang boleh dimanfaatkan bagi memastikan penyampaian kepada kumpulan sasar, iaitu lelaki yang akan mendirikan rumahtangga tahu dan faham mengenai peranan sebagai ketua keluarga yang akan memimpin, menjaga dan seterusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keluarga dan komuniti sekitarnya.

Program penyampaian taklimat ini telah dihadiri oleh 220 orang penceramah kedua-dua Kursus Praperkahwinan dan Pascaperkahwinan Islam dari seluruh negara. Peserta taklimat turut berpeluang mendengar perkongsian berkaitan Dokumen Inisiatif lelaki Qawwam bersama Puan Norhayati binti Jaffri dari Bahagian Dasar kemajuan Islam, JAKIM. Manakala sesi penyampaian taklimat manual ini telah disampaikan oleh Puan Nurfarizan binti Jaafar dari Bahagian KSK, JAKIM. Selain daripada hadir mendengar penyamapain, para peserta yang mengikuti sesi taklimat ini secara tidak langsung dapat berkongsi pandangan dan cadangan bagi meningkatkan kualiti penyampaian dan pengetahuan peceramah yang hadir.

PERTINGKAT PERANAN PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN 1

PERTINGKAT PERANAN PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN 2

PERTINGKAT PERANAN PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN 3

PERTINGKAT PERANAN PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN 4

PERTINGKAT PERANAN PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN 5

PERTINGKAT PERANAN PENCERAMAH KURSUS PRAPERKAHWINAN 6