Kurator Berita : Darul Quran
13 Oktober 2023 - Dalam usaha memantapkan pemahaman para pelajar berkaitan pengetahuan yang mendasar berkaitan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Darul Quran telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Tahun 2023. Seminar yang telah dihadiri oleh pelajar semester satu Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ini telah diadakan bertempat di Auditorium Syeikh Mohd Noor. 

Panel jemputan seminar ialah Profesor Dr. Abdull Rahman bin Mahmood dari Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis perasmian seminar pula telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

Melalui program ini diharapkan para peserta memperoleh percambahan ilmu akidah di samping membina keyakinan diri yang lebih unggul sejajar dengan dimensi baharu. Selain itu menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis yang menjadi teras kepada pemantapan akidah.

PELAJAR DQ HADIRI SEMINAR PENGUKUHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 1

PELAJAR DQ HADIRI SEMINAR PENGUKUHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH3

PELAJAR DQ HADIRI SEMINAR PENGUKUHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 2

PELAJAR DQ HADIRI SEMINAR PENGUKUHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 4

PELAJAR DQ HADIRI SEMINAR PENGUKUHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 5

PELAJAR DQ HADIRI SEMINAR PENGUKUHAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 6