Kurator Berita : Darul Quran
13 Oktober 2023 - Kira-kira 100 orang pelajar Darul Quran telah mengikuti perkongsian isu fiqh semasa bertajuk Maqasid dan Kaedah-Kaedah Fiqh Perubatan. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Datin Prof. Dr. Noor Naemah binti Abdul Rahman. Beliau merupakan pakar dalam bidang fatwa, fiqh semasa dan usul fiqh. Para pelajar mendapat pendedahan berkaitan dengan prosedur mengeluarkan hukum, hubungan objektif syariah, kaedah fiqh serta isu-isu dalam perubatan contohnya ibu tumpang, pendermaan organ dan kuarantin COVID-19.

Melalui program ini para pelajar dapat mengetahui kaedah fiqh yang digunakan dalam isu perubatan di samping mendapat gambaran prosedur ijtihad, menghubung kait maqasid, kaedah fiqhiyyah dan isu perubatan. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman dalam sesi ini, Jabatan Syariah Darul Quran telah menjalankan kuiz penilaian secara dalam talian kepada para peserta. Hasilnya, sebanyak 72% telah mendapat kefahaman yang baik dan cemerlang. 

Berdasarkan maklum balas daripada para pelajar, mereka berharap agar program Bicara Pakar ini dapat dilaksanakan lagi bagi skop Fiqh Ibadah, Fiqh Usrah dan Kewangan Islam. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Datin Prof. Dr. Noor Naemah binti Abdul Rahman atas perkongsian yang diberikan.

PELAJAR DQ DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FIQH KONTEMPORARI 1

PELAJAR DQ DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FIQH KONTEMPORARI 2

PELAJAR DQ DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FIQH KONTEMPORARI 3

PELAJAR DQ DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FIQH KONTEMPORARI 4

PELAJAR DQ DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FIQH KONTEMPORARI 5

PELAJAR DQ DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FIQH KONTEMPORARI 6

PELAJAR DQ DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FIQH KONTEMPORARI 7