Kurator Berita : Bahagian Dakwah
13 Oktober 2023, Putrajaya: YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri telah melancarkan Tabung Musaadah Misi Bantuan Rakyat Palestin bertempat di Masjid Mahmoodiah, Presint 16 Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah YB Dato’ Setia Dr Hj Mohd Naim Bin Haji Mokhtar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Majlis dimulakan dengan solat Jumaat serta solat hajat khusus kepada rakyat Palestin dan diakhiri dengan majlis pelancaran tabung tersebut.

Pelancaran tabung tersebut merupakan solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ke Tabung Musa’adah JAKIM-YWM melalui akaun (CIMB Islamic Bank Berhad: 86- 0221818-6) Ref: JAKIM

Semoga tabung yang dilancarkan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan rakyat negara ini dan seterusnya mewujudkan pepaduan dalam kalangan masyarakat.

YAB Perdana Menteri Lancar Tabung Musaadah Misi Bantuan Kemanusiaan 1Rakyat Palestin

YAB Perdana Menteri Lancar Tabung Musaadah Misi Bantuan Kemanusiaan 2Rakyat Palestin

YAB Perdana Menteri Lancar Tabung Musaadah Misi Bantuan Kemanusiaan 3Rakyat Palestin

YAB Perdana Menteri Lancar Tabung Musaadah Misi Bantuan Kemanusiaan 4Rakyat Palestin

YAB Perdana Menteri Lancar Tabung Musaadah Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestin 5