Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KLANG , 15 OKTOBER 2023 - Program Peduli Outreach : Masih Ada Yang Sayang dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bah. Keluarga, Sosial dan Komuniti, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dan Masjid Kota Raja Klang, Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya pada 15 Oktober 2023 (Ahad).

Program ini dimulakan dengan Majlis Perasmian dan taklimat program di Masjid Kota Raja Klang, Selangor dan diteruskan dengan kunjungan ke 30 buah rumah klien dadah terpilih di sekitar Klang, Selangor.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sokongan kerohanian kepada klien dadah di samping memberi pendedahan kepada para Sukarelawan Sosial Islam dalam menyantuni komuniti ini.

Sekalung penghargaan kepada pihak MAIS yang telah menyediakan kit solat dan toiletries, pihak YaPEIM yang telah menyediakan kotak barangan keperluan asas dan rakan-rakan strategik yang turut menyumbang iaitu Fraser & Neave Holdings Bhd dan Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd kepada 100 penerima klien dadah yang terpilih di sekitar Klang, Selangor.

Majlis perasmian program ini diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bah. KSK JAKIM dan Tuan Rosydan bin Haron, Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulihan AADK Negeri Selangor.

Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan program outreach kali ini. Semoga ia dapat memberi suntikan semangat buat klien dan keluarga dalam mengharungi kehidupan yang lebih baik.

Program Peduli Outreach Masih Ada Yang Sayang 1

Program Peduli Outreach Masih Ada Yang Sayang 2

Program Peduli Outreach Masih Ada Yang Sayang 3

Program Peduli Outreach Masih Ada Yang Sayang 4

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π——π—¨π—Ÿπ—œ 𝗒𝗨𝗧π—₯π—˜π—”π—–π—› π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š 5

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π——π—¨π—Ÿπ—œ 𝗒𝗨𝗧π—₯π—˜π—”π—–π—› π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š 6

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π——π—¨π—Ÿπ—œ 𝗒𝗨𝗧π—₯π—˜π—”π—–π—› π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š 7

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π——π—¨π—Ÿπ—œ 𝗒𝗨𝗧π—₯π—˜π—”π—–π—› π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š 8

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π——π—¨π—Ÿπ—œ 𝗒𝗨𝗧π—₯π—˜π—”π—–π—› π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š 9

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—˜π——π—¨π—Ÿπ—œ 𝗒𝗨𝗧π—₯π—˜π—”π—–π—› π— π—”π—¦π—œπ—› 𝗔𝗗𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š 10