Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
BANGI , 14 OKTOBER 2023 - Terima kasih kepada para penceramah yang menyampaikan slot perkongsian bagi Kursus Kepimpinan Sukarelawan Sosial Islam yang telah dilaksanakan pada 14 Oktober 2023 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Pelbagai perkongsian menarik yang sangat bermanfaat buat para sukarelawan dalam menyantuni komuniti yang terlibat dengan gejala sosial. Antara perkongsiannya adalah ;

✅Isu dan Permasalah Remaja oleh Tuan Hj Ahmad Azam bin Hj Hassan, Ketua Bah. Psikologi dan Kaunseling JKM Negeri Sembilan

✅ LGBT: Apa Peranan Sukarelawan oleh YBrs. Tuan Mohamed Hanafiah bin Abdul Malek

✅ Dadah: Apa Yang Kami Boleh Bantu oleh YBrs Tuan Mohd Farid bin Mohamad Japeri, Penolong Pengarah Pemulihan PUSPEN Jelebu

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan menjadi pemangkin semangat buat para sukarelawan untuk mengorak langkah dengan lebih baik.

Kursus Kepimpinan Sukarelawan Sosial Islam 1

Kursus Kepimpinan Sukarelawan Sosial Islam 2

Kursus Kepimpinan Sukarelawan Sosial Islam 3

Kursus Kepimpinan Sukarelawan Sosial Islam 4