Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
MIRI , 16-17 OKTOBER 2023 – Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju' dan Ketua-Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri Seluruh Malaysia (KPNCR dan KPJKSN/ MSN) kali ke 11 tahun 2023 telah diadakan pada 16 -17 Oktober 2023 bertempat di Grand Palace Miri Sarawak. Persidangan ini diurusetiakan secara bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti (BKSK) serta Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Persidangan ini telah dipengerusikan bersama oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bersama Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Ia merupakan persidangan tahunan kedua-dua agensi yang bertujuan untuk menyelaras perkara berkaitan pengurusan pernikahan, perceraian dan ruju’ serta perundangan di Malaysia yang melibatkan JAKIM,JKSM, JAIN serta JKSN/MSN. Ahli-ahli dalam persidangan ini terdiri daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) JAIN dan Ketua Pendaftar JKSN/MSN seluruh Malaysia.

Persidangan ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM dan Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR).

Sepanjang persidangan ini berlangsung, pelbagai isu-isu semasa NCR telah dibincangkan dan sebanyak empat (4) kertas cadangan/makluman telah dibincangkan iaitu :

1. Pembentangan Kertas Makluman Laporan Lawatan Kerja dan diskusi isu pernikahan Yang Berlawanan Dengan Akta/ Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Nikah Sindiket) Warganegara Malaysia di Selatan Thailand bersama Majlis Agama Islam di Lima (5) Wilayah Selatan Thailand dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla

2. Pembentangan Maklumat Umum Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan E-Jinayat oleh JKSM

3. Pembentangan Kertas Makluman Pengintegrasian Data Antara Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan E-Syariah Versi 3 (ESV3) oleh JAKIM

4. Pembentangan Kertas Makluman Pemakaian Arahan Amalan Mahkamah Syariah No.8 Tahun 2020: Permohonan Untuk Berkahwin Anak Perempuan Daripada Pernikahan Ibu Bapa Yang Tidak Didaftarkan

Diakhir persidangan, kedua-dua Pengerusi bersama berharap agar isu-isu berkaitan dapat dibincangkan dalam mencari solusi agar penyelarasan dan penyeragaman dapat diselesaikan bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Melalui persidangan inilah yang akan digunakan untuk mendapatkan maklumat, pandangan, maklumbalas dan idea bagi mengatasi isu-isu perkahwinan, perceraian dan ruju’ serta membincangkan secara holistik isu-isu yang timbul untuk diselesaikan. Usaha ‘berganding bahu’ ini amat penting dalam memastikan sistem pengurusan NCR dan perundangan Islam seiring dan sistematik.

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 8

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 1

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 2

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 4

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 5

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 6

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 7

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 9

PERSIDANGAN KETUA KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI 10