Kurator Berita : Darul Quran
17 Oktober 2023 – Seramai 30 orang pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengikuti program pemerkasaan akademik yang diadakan di Dewan Maktabah Darul Quran. Turut hadir bersama para pensyarah program. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan peraturan akademik program pengajian dan memantapkan kualiti akademik kepada pelajar baharu di samping melahirkan pelajar yang berdedikasi serta memahami bi’ah pengajian di DQ.

Agenda program telah dimulakan dengan penyampaian amanat daripada Ketua Penolong Pengarah Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah, Dr. Muhammad Hapizi bin Sulaiman. Seterusnya perasmian majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Antara intipati ucapan beliau ialah agar mahasiswa dan mahasiswi berusaha mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi menjadi mukmin yang progresif dalam apa jua bidang yang diceburi kelak insha-Allah.

Melalui program pemerkasaan akademik ini diharapkan agar para pelajar baharu benar-benar bersedia untuk menjalani sesi kuliah dengan berkesan sehingga ke penghujung pengajian.

PELAJAR BAHARU IJAZAH USIM DQ 1

PELAJAR BAHARU IJAZAH USIM DQ 2

PELAJAR BAHARU IJAZAH USIM DQ 4

PELAJAR BAHARU IJAZAH USIM DQ 5