Kurator Berita : Darul Quran
16 Oktober 2023 – Dalam usaha membantu meningkatkan prestasi hafazan pelajar, Jabatan Tahfiz Darul Quran telah mengadakan Program Kelas Pecutan Akhir Skor al-Quran (PASAQ) bermula hari ini (16 Oktober 2023) sehingga 3 November 2023. Hasil daripada pemantauan jabatan, seramai 18 orang pelajar Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat Semester Satu, Tiga serta Lima telah dilibatkan dalam program ini dan kelas mereka telah diadakan di Perpustakaan Darul Quran. 

Program yang dikendalikan oleh tiga orang pensyarah ini bertujuan untuk memberi fokus kepada pelajar-pelajar terpilih dalam pecutan akhir hafazan al-Quran. Berhubung dengan perkara tersebut, Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali telah mengadakan lawatan ke lokasi kelas bagi melihat sendiri perjalanan program. 

Semoga para pelajar yang terlibat dapat mencapai objektif program dengan jayanya.

18 PELAJAR DIPLOMA SERTAI PASAQ 1

18 PELAJAR DIPLOMA SERTAI PASAQ 2

18 PELAJAR DIPLOMA SERTAI PASAQ 3

18 PELAJAR DIPLOMA SERTAI PASAQ 4