Kurator Berita : Darul Quran
16 Oktober 2023 –  Seramai 28 orang pelajar semester lima Syukbah Syariah Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran bersama seorang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) Sg. Petani. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan info tambahan bagi subjek Fiqh al-Muamalat. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengurusan wakaf oleh syarikat atau badan selain institusi kerajaan serta memberi kefahaman kepada pelajar sistem wakaf dan pengurusan modal.

Di samping mendapat penerangan berkaitan pengurusan kewangan, pelajar-pelajar turut bersoal jawab berkaitan aplikasi wakaf serta pelaburan yang dijalankan oleh pihak MADAD. Selesai sesi utama tersebut, para pelajar telah mengadakan sesi lawatan ke kawasan sekitar MADAD sebelum bergerak pulang ke Darul Quran.

Diharapkan melalui lawatan ini para pelajar yang terlibat dapat mencapai objektif program dengan jayanya di samping menjalinkan hubungan silaturahim bersama pihak MADAD.

MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE 1

MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE 2

MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE 3

MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE 4

MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE 5

MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE 6


MELAWAT MURTADHA DAKWAH CENTRE 7