Kurator Berita : Darul Quran
25 Oktober 2023 - Kira-Kira 200 Orang Pelajar Semester Lima Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran Telah Diraikan Dalam Majlis Penghargaan Program Khidmat Masyarakat Tahun 2023. Majlis Ini Diadakan Bertujuan Untuk Meraikan Penat Lelah Dan Jasa Bakti Anak-Anak Pelajar Darul Quran Yang Telah Bertungkus-Lumus Menjayakan Pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat Pada Tahun Ini.

Majlis Penghargaan Ini Telah Disempurnakan Oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim. Pengarah Dalam Ucapannya Berkata: "Khidmat Masyarakat Adalah Merupakan Usaha Yang Berpanjangan Dan Tidak Terhenti Apabila Tamat Semester Pengajian Di Darul Quran. Justeru, Berkhidmatlah Di Mana Jua Anda Berada Walaupun Setelah Tamat Pengajian". Majlis Berakhir Dengan Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Dan Sesi Fotografi Bersama Para Pelajar.

Program-Program Yang Dilaksanakan Oleh Para Pelajar Ini Telah Diadakan Di Beberapa Buah Lokasi Seluruh Malaysia Iaitu Di Terengganu, Melaka, Kedah Dan Perak Bermula Pada Awal Oktober 2023. Ia Melibatkan Semua Pelajar Semester Lima Daripada Semua Syukbah Pengajian. Pelaksanaan Projek Khidmat Masyarakat Ini Juga Menepati Objektif Penubuhan Darul Quran Iaitu Melahirkan Du'at (Pendakwah), Pendidik Dan Imam Yang Terlatih Serta Profesional Melalui Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran Dan Pengajian Islam. Semoga Para Pelajar Terus Bersemangat Mencurahkan Bakti Dan Ilmu Kepada Masyarakat Di Luar Sana Insya-Allah.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 1

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 2

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 3

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 4

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 5

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 6

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 7

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2023 8