Kurator Berita : Darul Quran
26 Oktober 2023- Seramai 73 orang graduan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Darul Quran JAKIM telah berangkat ke Mesir pagi tadi. Kesemua graduan ini bakal melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir. Perjalanan mereka turut diringi oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dan beberapa pegawai yang lain.

Segala urusan proses perjalanan telah diuruskan sepenuhnya oleh Unit Alumni, Cawangan Hal Ehwal Pelajar. Air mata dan doa para ibu bapa serta pensyarah-pensyarah mengiringi pelajar-pelajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Kami seluruh warga Darul Quran mengucapkan selamat maju jaya dalam menuntut ilmu seterusnya menjadi modal insan yang bermanfaat buat ummah pada masa hadapan insya-Allah. 

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 2

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 1

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 3

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 4

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 5

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 7

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 8

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 9

73 Graduan Diploma DQ Berlepas Ke Mesir 10