Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
KUALA TERENGGANU, Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan pada 15 hingga 17 Rabiulakhir 1445H bersamaan 30 Oktober hingga               1 November 2023 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Muhammad Khalil bin Abdul  Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah yang mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimi, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM hadir mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

Muzakarah juga turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah; Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), SS Dato’ Dr. Mohd Sabri bin Haron; Dato’ Mufti Negeri Terengganu, SS Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, SF Timbalan-Timbalan Mufti, YBrs. Dr. Muhamad Yamin bin Ismail; Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Profesor-Profesor, Panel Pakar Falak JAKIM, pegawai-pegawai kanan JAKIM, pegawai-pegawai Falak negeri, pensyarah-pensyarah IPT, wakil persatuan-persatuan falak dan ahli berkepakaran.

Muzakarah yang bertemakan Melestarikan Kemajuan Ilmu Falak Melalui Penyelidikan dan Penerbitan telah membincangkan 10 tajuk utama melalui pembentangan khusus yang meliputi pemerkasaan penyelidikan, penerbitan, pelan strategik falak negeri, takwim global, takwim hijri, ilmu falak thurath, balai cerap, latihan abad 21 serta  produk falak Malaysia seperti prototaip kalkulator iddah dan nasab, kaedah pengisbatan anak bulan serta data falak AIMS JUPEM.

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 3

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 1

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 6

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 8

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 9

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 10

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 11

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 12

MUZAKARAH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 13