Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA , 7 NOVEMBER 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial kali pertama, tahun 2023 pada 7 November 2023 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji  Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Penubuhan mesyuarat ini bertujuan untuk menjadi platform perbincangan, penyelarasan serta pelaksanaan program-program menangani gejala sosial secara bersepadu dan sistematik.

Persidangan ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Puan Norzaihan binti Md Zain, Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta wakil-wakil daripada JAIN dan MAIN.
Terdapat tiga kertas makluman yang dibentangkan iaitu;

1. Kertas Makluman Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial yang disampaikan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, KPP Bah. Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

2. Kertas Makluman Usaha-Usaha Menangani Isu LGBT di Malaysia oleh YBrs. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof

3. Kertas Makluman Inisiatif MAIS Bagi Menangani Gejala Sosial oleh YBrs. Tuan Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Selain itu, perbincangan turut berkisar berkaitan isu-isu dan permasalahan sosial, solusi serta pelaksanaan program-program yang telah diadakan di negeri-negeri.

Pengerusi berharap agar semua JAIN dan MAIN sedia bekerjasama dalam berkongsi maklumat, bertukar idea dan pandangan, penyelarasan program serta pelaporan di peringkat masing-masing bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 1

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 2

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 3

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 4

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 5

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 6

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 7

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 8

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 9

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL 10