Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
TEMERLOH , 8 NOVEMBER  2023 – Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM melalui Unit Juvana kali ini turun pula ke SMA Al-Khairiah, Temerloh, Pahang bagi mengadakan program Seminar Isu Sosial. Program melibatkan seramai hampir 200 orang pelajar tingkatan 1, 3 dan 4 yang menginap di asrama ini bermula jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh Pn Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Seminar kali ini sekali lagi membawa pencerahan dan penerangan kepada para pelajar mengenai isu LGBT yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM. Isu berkaitan LGBT ini dipilih sebagai langkah awal mencegah gejala songsang ini dalam kalangan remaja.

Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM akan meneruskan lagi program seminar ini di sekolah-sekolah lain dalam usaha pencegahan awal masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 3

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 1

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 2

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 4

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 5

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 6

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 7

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 8

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 9

SEMINAR ISU SOSIAL DI SMA AL KHAIRIAH 10