Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 1

Putrajaya, 7 November 2023 (Selasa): Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) JAKIM melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) buat julung kalinya telah menganjurkan Seminar Kesejahteraan Emosi di Tempat Kerja kepada warga kerja JAKIM. Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi kesedaran berkaitan kepetingan emosi yang sejahtera bagi menjamin kualiti penyampaian perkhdimatan di JAKIM.

Objektif pelaksaaan seminar ini ialah:

i) Meningkatkan pengetahuan mengenai aspek kesejahteraan yang menyumbang kepada peningkatan kualiti diri sebagai penjawat awam;

ii) Melahirkan kalangan penjawat awam yang berkompetensi dalam aspek peribadi, sosial, budaya dan professional; dan

iii) Menyediakan peluang kepada penjawat awam untuk mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada agensi-agensi yang terlibat dalam memastikan kesejahteraan individu seperti khidmat nasihat dan kewangan.

Bagi memastikan perkongsian yang menyeluruh dan berkesan, dua orang penceramah telah diundang menyampaikan perkongsian, iaitu Dr. Azlina binti Mojd Khir Pensyarah Kanan dari Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan tajuk perbincangan Personaliti dan Kesejahteraan Emosi di Tempat Kerja. Seterusnya sesi perkongsian diteruskan oleh En. Syed Mohd Fauzi bin Said Hussin dari Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK) dengan tajuk perbincangan Bebaskan Diri Dengan Beban Kewangan.

Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zamani bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM. Beliau menyatakan harapan agar program seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai warga JAKIM sebagai usaha untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan diri. Majlis turut dihadiri oleh En.Mohd Ikram bin Jalil mewakili Pengarah Bahagian Sumber Manusia, JAKIM dan Puan Nadia Zammil binti Md. Nasir, Presiden AKRAB, JAKIM.

Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 2

Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 3

Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 4

Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 5

Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 6

Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 7

Seminar Kesejahteraan Emosi Di Tempat Kerja 8