Kurator Berita : Darul Quran
31 Oktober 2023 - Dewan Maktabah Darul Quran JAKIM menjadi lokasi Kursus Teroka Pro Forma Subjek Pengajian yang dihadiri oleh 35 orang pensyarah Darul Quran. Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Syakirah binti Samsudin, Pensyarah Kanan dari Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kursus ini bertujuan mencapai beberapa objektif utama iaitu ingin meningkatkan kefahaman peserta tentang pro forma subjek. Selain itu, kursus ini juga diadakan untuk menjelaskan kaitan antara Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) dan pro forma subjek. Peserta kursus juga  dapat memahami hubungan antara Pro Forma Subjek dan Borang Analisis Hasil Pembelajaran Berterusan (CLO).

Kursus ini memberi kesempatan kepada pensyarah Darul Quran untuk mendalami pemahaman mereka tentang pro forma subjek dengan potensi untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Darul Quran. Diharapkan pengetahuan yang diperoleh semasa kursus ini dapat membantu persiapan pensyarah untuk menangani cabaran akademik masa depan para pelajar.

KURSUS TEROKA PRO FORMA BAGI PENSYARAH 6

KURSUS TEROKA PRO FORMA BAGI PENSYARAH 1

KURSUS TEROKA PRO FORMA BAGI PENSYARAH 2

KURSUS TEROKA PRO FORMA BAGI PENSYARAH 3

KURSUS TEROKA PRO FORMA BAGI PENSYARAH 4

KURSUS TEROKA PRO FORMA BAGI PENSYARAH 5

KURSUS TEROKA PRO FORMA BAGI PENSYARAH 7