Kurator Berita : Darul Quran
2 November 2023 - Darul Quran JAKIM telah berjaya menganjurkan Kursus Memahami Kandungan Kitab Turath (Arab) Bagi Pengajaran kepada 35 orang pensyarah dari institusi ini. Kursus ini merupakan salah satu langkah penting dalam memperkukuhkan PdP bagi subjek-subjek yang menggunakan kitab rujukan Bahasa Arab.

Pengisian kursus telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan dari Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang, Dr. Mohd Zuhdi bin Ismail. Beliau telah berkongsi info berkenaan sejarah Bahasa Arab, teknik pengajaran kitab turath dan amalan terbaik dalam pengajaran yang menggunakan rujukan dalam Bahasa Arab.

Para peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah Darul Quran telah memberikan maklum balas yang positif dan sangat berpuas hati dengan pengisian kursus. Diharapkan kursus ini dapat memberi impak positif terhadap proses PdP di Darul Quran. 

KITAB TURATH BAGI PENGAJARAN 1

KITAB TURATH BAGI PENGAJARAN 2

KITAB TURATH BAGI PENGAJARAN 3

KITAB TURATH BAGI PENGAJARAN 4

KITAB TURATH BAGI PENGAJARAN 5

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 6

KITAB TURATH BAGI PENGAJARAN 7