Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Putrajaya, 17 November 2023 - Menyantuni lawatan dan kajian Lapangan Peringkat Antarabangsa dari kalangan pensyarah dan pelajar-pelajar daripada Fakulti Usuluddin Universiti Darussalam, Gontor, Indonesia ke JAKIM. Pertemuan berlangsung dalam Dewan Syura Utama, Aras 8, Blok A Kompleks Islam Putrajaya. Rombongan diketuai oleh Bapak Mahmud Rifanuddin, pensyarah diiringi 2 orang pensyarah dan 35 orang pelajar.

Pegawai JAKIM diketuai oleh YBrs Ustaz Bukhari Bin Md Akhir, Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Tuan Haji Zakaria bin Othman, Ketua Unit Komunikasi Korporat, YBrs. Dr. Muhamad Zakuwa Bin Rodzali, Timbalan Pengarah Darul Quran, Encik Ahmad Rujhan Bin Othman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keurusetiaan Hubungan Luar, YBrs. Dr. Wan Nadzirah Binti Wan Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Maqasid dan wakil Bahagian Penyelidik.

Sesi perbincangan dan soal jawab merangkumi peranan dan fungsi JAKIM dalam Pendidikan Islam, pelaksanaan undang-undang syariah, penerimaan masyarakat majmuk dengan dasar maqasid Syariah dan cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh JAKIM.

Semoga pertemuan ini memberi manfaat dan informasi kepada pelajar-pelajar daripada Universiti Darussalam, Gontor, Indonesia.

Menyantuni lawatan

Menyantuni lawatan 1

Menyantuni lawatan 2

Menyantuni lawatan 3

Menyantuni lawatan 4

Menyantuni lawatan 5

Menyantuni lawatan 6

Menyantuni lawatan 7

Menyantuni lawatan 8

Menyantuni lawatan 9

Menyantuni lawatan 10

Menyantuni lawatan 11