Kurator Berita : Darul Quran
14 November 2023 - Lapan buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Malaysia yang berkolaborasi bersama Darul Quran JAKIM telah bersidang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pensijilan Tahfiz JAKIM hari ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Tuan Haji Roslan bin Said bertempat di Bilik Mesyuarat, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Sebanyak empat kertas makluman dan lapan laporan telah dibentangkan dalam mesyuarat ini.

Objektif pelaksanaan mesyuarat penyelarasan ini ialah untuk menyediakan mekanisme pengurusan dan pelaksanaan program pensijilan yang lebih selaras serta efektif. Selain ia bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program pensijilan ini mematuhi peraturan serta standard yang telah ditetapkan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dipersetujui oleh pihak JAKIM dan IPT. 

Melalui medium mesyuarat penyelarasan ini diharapkan pihak IPT yang berkolaborasi dapat berkongsi cadangan serta baharu demi pembangunan pendidikan tahfiz di institusi masing-masing khususnya dan pembangunan pendidikan tahfiz di negara ini amnya.

8 IPT KOLABORASI DQ 1

8 IPT KOLABORASI DQ 2

8 IPT KOLABORASI DQ 3

8 IPT KOLABORASI DQ 4

8 IPT KOLABORASI DQ 5

8 IPT KOLABORASI DQ 6