Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PENGKALAN CHEPA , 23 NOVEMBER 2023 – Berasaskan Firman Allah SWT Surah al-Nahl ayat 43 bermaksud "Bertanyalah oleh mu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui" maka Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM telah mengambil insiatif mengadakan kunjungan ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK - A Foundation for the Disabled and Underprivileged) di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa Kelantan. Tujuan kunjungan ini bagi mendapatkan perkongsian informasi dan pengalaman pihak YOKUK dalam melaksanakan Perkhidmatan menyantuni pesakit paliatif yakni pesakit terlantar yang tiada harapan sembuh.

Perkongsian pengalaman pihak YOKUK dalam melaksanakan khidmat rawatan dari rumah ke rumah pesakit menjadi panduan kepada Bahagian KSK untuk mengpolopori khidmat bantu masyarakat dengan pendekatan psikospiritual Islam kepada pesakit Terminal Care. Usaha ini dilakukan bagi membimbing pesakit terminal care dan ahli waris serta penjaga (care giver) supaya pesakit dapat mengakhiri hayat dengan sebaik-sebaiknya (husnul khatimah).

Kunjungan ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Norizan Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK. Turut hadir bersama Puan Aazah Awang Kechik Penolong Pengarah Kanan Bahagian KSK, Encik Ammar bin Zulkifli mewakili Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), JM Siti Eishah Mamat dan Cik Nur Aina Safiyyah Mohd Shafrin dari Hospital Sungai Buloh. Kunjungan ini disambut oleh Datin Suliana Shamsudin Alias, Pengerusi YOKUK, Puan Sulaini Mat Il, Ketua Operasi YOKUK dan Metron (B) Puan Wan Maimunah Wan Yusof, Ketua Unit Paliatif. Sesi taklimat dan perbincangan berakhir pada jam 1.00 Tengah hari. Semoga usaha ini dipermudahkan untuk manfaat umat Islam seluruhnya.

YOKUK 1

YOKUK 2

YOKUK 3

YOKUK 4

YOKUK 5