Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Johor Bahru, 16 November 2023- Seramai 60 orang Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Johor telah terlibat dengan Kursus Asas Pedagogi Pendidikan Guru KAFA Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 yang diadakan pada 14 hingga 16 November 2023 bertempat di Hotel New York, Johor Bahru.

Kursus yang bertujuan untuk memberikan pendedahan asas pedagogi pendidikan KEPADA Guru KAFA lantikan 2021 dan 2022 ini telah dianjurkan oleh Seksyen KAFA, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (BPI, JAINJ) dengan kerjasama pihak Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang telah memberikan sumbangan untuk mengadakan kursus.

Selain itu, kursus yang dianjurkan secara tahunan ini turut menjadi medan kepada Guru-guru KAFA yang berasal daripada seluruh negeri Johor untuk bertukar pandangan dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pengisian bagi kursus ini telah disampaikan oleh barisan penceramah yang terdiri daripada Pegawai BPI, JAINJ yang mempunyai pengalaman luas dalam Pendidikan Agama di Negeri Johor menerusi slot seperti Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran dan Pengurusan Alat Bantu Mengajar (ABM).

Akhir sekali, kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Abdul Salam Bin Ali, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kurikulum Rendah, Sektor Akademik. Di akhir kursus, para peserta telah diberikan sijil penyertaan dan diharapkan agar kursus ini memberikan manfaat kepada mereka untuk terus menjadi barisan pendidik yang cemerlang.

ASAS PEGAGOGI BAGI GURU KAFA NEGERI JOHOR 1

ASAS PEGAGOGI BAGI GURU KAFA NEGERI JOHOR 2

ASAS PEGAGOGI BAGI GURU KAFA NEGERI JOHOR 3

ASAS PEGAGOGI BAGI GURU KAFA NEGERI JOHOR 4

ASAS PEGAGOGI BAGI GURU KAFA NEGERI JOHOR 5