Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA , 30 NOVEMBER 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) Bilangan 1 Tahun 2023 bertempat di Dewan Syura A, Kompleks Islam Putrajaya.

PTSI merupakan suatu pelan tindakan yang dibangunkan mengandungi beberapa teras, strategi, program, sasaran dan agensi pelaksana bagi tujuan menangani gejala sosial dalam kalangan orang-orang Islam. Inisiatif menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat Islam dilaksanakan melalui dua mekanisma :

       a) Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial Islam
       b) Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana PTSI Bil.1 2023 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan dihadiri oleh Jawatankuasa Pelaksana PTSI terdiri dari Kementerian, Jabatan dan Agensi yang telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Pelaksana kepada pelan ini.

Beberapa fungsi telah digariskan untuk dicapai melalui pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana antaranya adalah untuk  mewujudkan mekanisme pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti yang efektif untuk mencapai objektif PTSI yang ditetapkan. Di samping itu, memantau kegiatan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak terbabit dan seterusnya mencadangkan tindakan yang sesuai bagi menangani isu-isu sosial yang timbul dalam masyarakat Islam dan seterusnya melapor status pelaksanaan program serta lain-lain laporan yang difikirkan perlu kepada Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial Islam.

PTSI 1

PTSI 2

PTSI 3

PTSI 4

PTSI 5

PTSI 6

PTSI 7

PTSI 8

PTSI 9

PTSI 10