Kurator Berita : Darul Quran
21 November 2023 - Seramai 174 orang pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) telah menyertai sesi Taklimat Akademik Siri 2 Tahun 2023 yang telah dilaksanakan secara hibrid. Program ini merupakan program tahunan anjuran Cawangan Akademik yang bertujuan menyelaras proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi sesi pengajian Disember 2023 hingga Mac 2024 agar memenuhi syarat serta mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA). 

Di antara objektif taklimat ini adalah untuk melaksanakan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) agar Darul Quran JAKIM menyampaikan maklumat penyelarasan kurikulum kepada LTDQ. Selain itu, taklimat ini juga adalah bagi memastikan reka bentuk program selaras dengan dasar dan keperluan Darul Quran. 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali mewakili Pengarah Darul Quran. Pengisian taklimat pada sesi satu dimulakan dengan taklimat umum akademik yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, Ustaz Ahmad Fuat bin Jamil. Antara intipati yang disampaikan adalah berkaitan maklumat umum pelaksanaan PdP termasuk penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan sepanjang tempoh tersebut. Seterusnya taklimat berkaitan pelaksanaan PdP Hifz al-Quran yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan Jabatan Tahfiz al-Quran iaitu Us. Muhamad Toriq bin Yaacob. Bagi sesi taklimat kedua pula melibatkan Jabatan al-Quran dan Qiraat, Jabatan Pengajian Umum, Jabatan Pengajian Syariah, Jabatan Pengajian Usuluddin serta Jabatan Bahasa yang disampaikan oleh ketua-ketua atau wakil jabatan masing-masing.

Melalui sesi taklimat ini diharapkan semua pensyarah DQ mahupun di LTDQ mendapat maklumat yang selaras dan menyeluruh mengenai pelaksanaan proses PdP agar mencapai kualiti serta standard yang telah ditetapkan.

AKADEMIK SECARA HIBRID 1

AKADEMIK SECARA HIBRID 2

AKADEMIK SECARA HIBRID 3

AKADEMIK SECARA HIBRID 4

AKADEMIK SECARA HIBRID 5

AKADEMIK SECARA HIBRID 6

AKADEMIK SECARA HIBRID 7

AKADEMIK SECARA HIBRID 8

AKADEMIK SECARA HIBRID 9