Kurator Berita : Darul Quran
26 November 2023 - Seramai 20 orang pimpinan baharu Persatuan Mahasiswa Darul Quran (PMDQ) Sesi 2023/2024 telah terlibat dalam Induksi Pimpinan PMDQ 2023. Program ini telah diadakan di Kem Latihan & Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat selama tiga hari bermula Jumaat, 24 November 2023. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Darul Quran Sesi 2022/2023 dengan kerjasama Cawangan Hal Ehwal Pelajar ini merupakan lanjutan daripada program Road To Induksi yang dijalankan di Kompleks Darul Quran JAKIM. 

Ia dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pimpinan baharu berkaitan pengurusan gerak kerja persatuan secara sistematik. Selain itu program ini juga bertujuan untuk melatih kemahiran insaniah dalam diri setiap pimpinan seperti teknik komunikasi dan pengucapan awam di samping membentuk ukhuwah yang lebih erat sesama pimpinan baharu.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim pada hari terakhir program. Diharapkan melalui program ini para pimpinan PMDQ Sesi 2023/2024 dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang. 

INDUKSI 2023 1

INDUKSI 2023 2

INDUKSI 2023 3

INDUKSI 2023 4

INDUKSI 2023 5

INDUKSI 2023 6

INDUKSI 2023 7

INDUKSI 2023 8

INDUKSI 2023 9