Kurator Berita : Darul Quran
23 November 2023 – Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan Kali Ke-9 bakal berlangsung pada bulan Mei 2024. Bagi menjayakan penganjuran kali ini, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Yayasan Islam Kedah selaku penganjur dan tuan rumah telah mengadakan mesyuarat pra persiapan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Adya Hotel, Kuah, Langkawi bagi menyelaras program ini. Ahli-ahli mesyuarat turut dibawa melawat tapak di Kompleks Sukan LADA, Kuah sehari sebelum mesyuarat ini diadakan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah, Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad. Mewakili Darul Quran bagi mesyuarat ini ialah Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dan Us. Mohammad Zaki bin Ibrahim selaku Ketua Unit Kemahiran Insaniah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pengetua serta wakil-wakil LTDQ seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Negeri Perak, Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN.

Ahli-ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melaksanakan sembilan acara sukan iaitu Bola Sepak, Futsal, Badminton, Ping Pong, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Karom dan Baling Damak. Semua acara ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Langkawi Kedah.

IHTIFAL HUFFAZ 11

IHTIFAL HUFFAZ 1

IHTIFAL HUFFAZ 2

IHTIFAL HUFFAZ 4

IHTIFAL HUFFAZ 6

IHTIFAL HUFFAZ 7

IHTIFAL HUFFAZ 8

IHTIFAL HUFFAZ 9

IHTIFAL HUFFAZ 10

IHTIFAL HUFFAZ 11

IHTIFAL HUFFAZ 12