Kurator Berita : Darul Quran
9 Disember 2023 - Seramai 26 orang pelajar terdiri dari Tahun Dua dan Tiga Program Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan kepujian secara kerjasama dengan USIM telah menerima Anugerah Dekan Semester Dua Sesi Akademik 2022/2023. Penganugerahan ini telah disampaikan dalam Majlis Anugerah Dekan Fakulti Quran & Sunnah 2023 di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS) USIM. Majlis telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Quran & Sunnah (FPQS), Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin.

Majlis Anugerah Dekan ini dilaksanakan bagi memberi semangat kepada mahasiswa serta mahasiswi untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam pengajian. Di samping mengekalkan konsistensi dalam pelajaran pada setiap semester seterusnya menimbulkan rasa minat dalam kalangan pelajar untuk terus cemerlang dan berjaya dalam akademik.

Penganugerahan 26 daripada keseluruhan 115 orang pelajar USIM-DQ ini juga secara tidak langsung membuktikan kualiti dan standard Program Ijazah yang dijalankan di Darul Quran. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.

Anugerah Dekan 1

Anugerah Dekan 2

Anugerah Dekan 3

Anugerah Dekan 4

Anugerah Dekan 5