Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 4 JANUARI 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Lelaki Qawwam Bilangan 1 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat An-Nur, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Program Lelaki Qawwam yang terdiri daripada wakil agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan beberapa Bahagian di JAKIM yang telah dilantik menganggotai Jawatankuasa ini.

Mesyuarat pada kali ini bertujuan menganalisa pelaporan program-program berkaitan Inisiatif Lelaki Qawwam yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi sepanjang tahun 2023, menyelaras perancangan program bagi tahun 2024, dan mendapatkan pandangan ahli mesyuarat bagi penambahbaikan program serta promosi Lelaki Qawwam.

Program Lelaki Qawwam 1

Program Lelaki Qawwam 2

Program Lelaki Qawwam 3

Program Lelaki Qawwam 4

Program Lelaki Qawwam 5

Program Lelaki Qawwam 6