Kurator Berita : Darul Quran

5 Januari 2024 - Seramai sembilan orang pelajar Semester Enam Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM akan menyertai Program Syahadah Hafazan 30 Juzuk Al-Quran. Program Syahadah Hafazan Al-Quran ini akan berlangsung setiap Jumaat-Ahad dari 5 Januari 2024 hingga 25 Februari 2024. Para peserta akan memperdengarkan hafazan dari Surah al-Fatihah hingga Surah al-Nas sebanyak 10 ke 15 juzuk sehari di hadapan dua orang panel iaitu Syeikh Hossam Hasan Mohamed ElMihy, Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran Dan Qiraat bersama salah seorang panel luar iaitu Dr. Abdul Jalal bin Abdul Manaf, Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Fauzi. 

Program Syahadah Hafazan Al-Quran ini telah menetapkan tiga objektif yang akan dicapai iaitu:

  • Pertama: melahirkan para huffaz yang berkualiti dari sudut hafazan dan penulisan al-Quran.
  • Kedua: memberi pengiktirafan kepada pelajar yang bertungkus-lumus mengulang hafazan demi memelihara kesucian al-Quran.
  • Ketiga: sebagai dorongan dan semangat kepada pelajar untuk lebih menjaga dan memelihara hafazan al-Quran.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim pada hari pertama program sebelum peserta pertama memperdengarkan hafazan. Dalam ucapannya Tuan Pengarah telah menyatakan harapan agar semua objektif yang telah digariskan berjaya dicapai.

Kesemua peserta yang berjaya memperdengarkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh yang singkat ini akan diberikan sijil penyertaan dan saguhati. Penyampaian sijil dan saguhati ini akan disampaikan dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran Pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat yang dijangka akan berlangsung pada 2 Mac 2024. 

l 5ef0e44a49c1cd1b5cfcdc57ef5ca45e
l 84e960d3dd13f526ac6067709f9034dc
l 7725f9c74bc3ecfaa42d64cd6ed5d3ca
l b7281010cb07b6123a3862072bf132ad
l c55366087a810d6ad0fa03fe279ac007
l f2666781cc224c6e85cf173dcefa494c