Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
23-24 JANUARI 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Webinar Kemahiran Asas Psikospiritual Islam Siri 1 kepada para sukarelawan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman terhadap ilmu psikospiritual Islam serta latihan asas yang boleh diaplikasikan secara tersusun di samping melahirkan barisan Sukarelawan Sosial Islam yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran di lapangan.

Kursus dua hari ini dimulakan dengan Slot Pengenalan Asas Kaunseling Syarie dan Terapi Psikospiritual Islam yang disampaikan oleh YBrs. Encik Shukri bin Kamis, Kaunselor Berdaftar dan diteruskan dengan Slot Kaunseling Syarie (Kaedah Al-Ghazali) pada hari kedua oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Noor bin Saper, Pensyarah Fakulti Pembangunan Insan UPSI. 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 116 orang peserta yang terdiri daripada para sukarelawan daripada pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO), para pengamal dan penggiat sosial dan  semua peserta yang telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

Siri webinar kemahiran asas ini akan dilaksanakan bagi siri-siri seterusnya pada bulan Februari dan April untuk mempersiapkan para sukarelawan dengan ilmu, kemahiran dan kepakaran ketika berada di lapangan.

Webinar

Webinar 1

Webinar 2

Webinar 3