Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Kompleks Islam Putrajaya, 17 Rejab 1445H bersamaan 29 Januari 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya & Mesyuarat Penyelarasan Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Yang Berhormat Menteri, Aras 9, Blok A, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, S.S Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah; Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Melaka, S.S Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin; Mufti Sarawak, S.S Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron; Mufti Negeri Terengganu, S.F Dato' Haji Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak, YBrs. Dr Muhammad Yamin bin Ismail; Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan selaku setiausaha, Pengarah Seksyen Graviti dan Falak yang mewakili Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik) JUPEM dan Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Pegawai-Pegawai Falak dan wakil-wakil Jabatan Mufti Negeri-Negeri.

Ahli mesyuarat telah berbincang, menganalisis dan mengesahkan data bagi penentuan awal Ramadan, Syawal & Zulhijah 1445H/2024M, Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia, Peraturan Penetapan Tarikh dan menyelaras jawatankuasa serta isu-isu falak antara negeri. Keputusan-keputusan yang dihasilkan akan memberi panduan kepada masyarakat Islam di Malaysia menjalani ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

jtwnkuasa penetapan awal puasa dan hari raya 01

jtwnkuasa penetapan awal puasa dan hari raya 02

jtwnkuasa penetapan awal puasa dan hari raya 03

jtwnkuasa penetapan awal puasa dan hari raya 04

jtwnkuasa penetapan awal puasa dan hari raya 05

jtwnkuasa penetapan awal puasa dan hari raya 06