Kurator Berita : Bahagian Dakwah
03 Februari 2024, Rompin: Agensi YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah turun padang menyantuni mangsa banjir di Daerah Rompin Pahang yang melibatkan 79 keluarga yang terkesan dengan kejadian banjir baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan ini telah diadakan di Dewan Kampung Sarang Tiong, Rompin yang disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Na'im bin Hj Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah YBrs. Tn Hj Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi ) JAKIM, YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YBrs. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Mohamad Kori bin Jusoh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, wakil-wakil Ketua Agensi Agama YB Menteri Hal Ehwal Agama seperti YaPEIM, YADIM, Tabung Haji, Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Taqwa dan JKSM.

Jenis barangan sumbangan yang disampaikan adalah seperti dapur, periuk elektrik, kipas, kit solat, food bank, hygiene kit, pampers, tuala wanita dan pakaian terpakai.

Sebelum itu YB Menteri bersama Agensi Agensi turut menyantuni mangsa banjir di Dewan Felda Chini 01 Pekan Pahang yang melibatkan seramai 87 keluarga

Rata rata penerima yang ditemui melahirkan kesyukuran di atas kecaknaan dan keprihatinan YB Menteri kepada mereka.

Menyantuni Mangsa Banjir Di Pekan dan Rompin 01

Menyantuni Mangsa Banjir Di Pekan dan Rompin 02

Menyantuni Mangsa Banjir Di Pekan dan Rompin 03

Menyantuni Mangsa Banjir Di Pekan dan Rompin 04

Menyantuni Mangsa Banjir Di Pekan dan Rompin 05

Menyantuni Mangsa Banjir Di Pekan dan Rompin 07

Menyantuni Mangsa Banjir Di Pekan dan Rompin08