Kurator Berita : Darul Quran
7 Februari 2024 – Sejajar Perkara Dua Pernyataan Dasar dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang memberi penekanan kepada “menyediakan asas yang kukuh kepada pembangunan potensi para penghafaz al-Quran yang seimbang dan optimum meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi menjamin kualiti penghafaz al-Quran”, Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kunjungan hormat ini telah disertai oleh tujuh orang pegawai Darul Quran diketuai Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Delegasi Darul Quran telah disambut mesra oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long serta beberapa orang ahli daripada FPI UKM. 

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi menjalinkan kerjasama akademik yang boleh diteroka bersama dengan FPI UKM serta meninjau peluang kerjasama pengembangan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam UKM di Darul Quran. Dalam sesi kunjungan ini juga delegasi Darul Quran turut dibawa melawat ke Galeri Kursi Sheikh Othman Sarawak yang merupakan sumbangan Kerajaan Negeri Sarawak serta Makmal al-Quran sumbangan daripada Dato' Rizalman Ibrahim.

Secara umumnya, FPI UKM menyambut baik cadangan untuk mengadakan jalinan kerjasama ini dan berharap agar dapat direalisasikan dalam bentuk perjanjian di masa akan datang.

DQ TEROKA RUANG KERJASAMA AKADEMIK DENGAN FPI UKM 06

DQ TEROKA RUANG KERJASAMA AKADEMIK DENGAN FPI UKM 01

DQ TEROKA RUANG KERJASAMA AKADEMIK DENGAN FPI UKM 02

DQ TEROKA RUANG KERJASAMA AKADEMIK DENGAN FPI UKM 03

DQ TEROKA RUANG KERJASAMA AKADEMIK DENGAN FPI UKM 04

DQ TEROKA RUANG KERJASAMA AKADEMIK DENGAN FPI UKM 05A